Halaman

Jumaat, 13 Julai 2012

Ikon Remaja...Nik Nur Madihah



Inilah contoh terbaik kepada remaja..Tahniah kepada adik Nik Nur Madihah atas kejayaannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini. Kehebatannya dalam pelajaran telah berjaya mengubah kehidupan keluarganya sekalipun beliau belum bekerja ( banglo rm130000 ). 

Mungkin selepas ini ramai pula yang akan berpuasa sunat untuk menjadi sepertinya. Tetapi kita mungkin lupa beliau berpuasa kerana Allah swt dan atas limpah kurniaNya maka beliau memperolehi apa yang diinginkan.Amat bagus mencontohi beliau dalam melakukan ibadah tersebut, sekurang-kurangnya belia hari ini mempunyai satu ikon baru untuk dicontohi namun begitu tujuan asal berpuasa itu biarlah kerana Allah swt dan bukan untuk yang lain. Saya berharap agar adik Nik Nur Madihah akan terus menjadi ikon kerana beliau berjaya dan kehebatannya keluar dari kepompong yang selama ini membelenggu dirinya dan perlu dijadikan satu semangat baru untuk mereka yang bakal menghadapi apa jua masalah kehidupan. Sapa kata tekanan hidup menyebabkan kegagalan?? Remaja ini membuktikan ianya boleh diubah menjadi pembakar semangat untuk mencipta kejayaan.

Saya melihat kejayaannya atas dua perkara, pertama keyakinannya terhadap Allah swt dan yang kedua ialah beliau berada dalam golongan minoriti. Keyakinan kepada Allah swt adalah merupakan satu perkara penting dalam kehidupan setiap makhluknya dan kita perlu faham tiada satupun perkara yang dijadikan Allah swt untuk kita itu bertujuan untuk mendatangkan kesusahan kerana Allah swt itu maha pengasih dan maha penyayang.


Mungkin bagi kita musibah itu adalah kemalangan, kecelakaan atau sesuatu yang mencederakan tetapi jika kita mengupasnya dengan lebih dalam maka musibah itu memberi maksud setiap perkara yang kita tidak suka kepadanya layak dipanggil musibah. Mungkin saya salah namun saya percaya bahawa setiap musibah yang datang menimpa, baik berbentuk masalah mahupun lain, ianya adalah satu titik bermulanya perjalanan rohani setiap manusia.Tanpa masalah manusia pasti tidak mampu mengenal dirinya sedangkan kata pujangga barang siapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhannya.


Begitulah yang terjadi kepada adik Nik Nur Madihah dalam mengharungi hidupnya. Mungkin satu kelebihannya dia sentiasa berada dalam kelompok manusia yang mendalami Islam kerana beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi. Justeru dalam kehidupan sehariannya beliau dididik tentang kekuasaan Allah swt. Justeru atas keyakinan yang kuat, beliau kembali kepadaNya dengan melakukan ibadah-ibadah. Itu yang dimaksudkan dengan titik perjalanan rohani. 

.

Tiada ulasan: