Halaman

Jumaat, 13 Julai 2012

Banglo RM130,000 untuk Nik Nur Madihah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
REZEKI ALLAH SWT. “Semua ini rezeki Allah,” kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sejurus menerima banglo bernilai RM130,000 di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
Rumah_Nur_Madihah banglow_1
Dulu                                                      Kini
Nik Nur Madihah berkata, dia tidak menyangka menerima banglo dihadiahkan kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), dan menganggapnya seperti bermimpi.




“Saya tidak pernah bermimpi memiliki banglo seperti ini. Pada saya, ia pemberian yang begitu besar dan selesa berbanding tempat tinggal sebelum ini.
“Dengan tempat tinggal baru yang begitu selesa ini, saya berharap ia dapat digunakan keluarga untuk menyambut kedatangan Ramadan dalam suasana lebih ceria lagi,” katanya.
nik nur madihah1
Banglo setingkat dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air seluas 800 kaki persegi itu mengambil masa lebih dua bulan untuk disiapkan.
Majlis penyerahan kunci rumah banglo terbabit disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Hadir sama, bapanya, Nik Mohd Kamal Husin dan ibunya, Mariani Omar, 40, serta Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK, Mohd Sabri Abdullah dan Pengurus Besar Binaraya PKINK Sdn Bhd, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman.
Nik Nur Madihah berkata, hadiah rumah baru itu akan menjadi pendorong kepada tiga adiknya untuk turut mencatatkan kejayaan cemerlang dalam pelajaran selain menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk belajar bersungguh-sungguh.
Menurutnya, dia begitu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan semua pihak yang membantu dan memberikan pelbagai sumbangan kepadanya sekeluarga.
Sumber Berita : Harian Metro Online.

Tiada ulasan: