Halaman

Ahad, 4 November 2012

Senaman Kegel

Kali nie saya nk berkongsi tentang senama kagel...actually dah lama saya nak tulis tentang senaman ini,1st time saya tahu tentang senaman ni pun semasa lawatan misi (nurse) ke rumah lepas bersalin..Tapi disebabkan ia terlalu 'tersembunyi' so dia cuma ajar secara lisan saja. Lepas tu terus saya google pasal kebaikan senaman ini dan terus mencari cara yang betul melakukannya sebab pada permulaan senaman ini saya melakukan dengan cara yang salah.

Banyak manfaat yang boleh di dapati dari senaman ini, ia dapat meningkatkan nikmat dalam hubungan intim suami dan isteri,selain itu ia amat membantu wanita,terutama yang telah melahirkan (seperti saya). Sebenarnya kebanyakkan wanita di luar sana mengalami dan menanggung masalah ini secara senyap dan malu meluahkannya kerana ia agak peribadi. Tetapi jika diabaikan, ia akan memberi impak yang berat dalam kehidupan seharian.

Pernah tak anda terkucil (terkencing) ketika bersin / batuk? Jika ya,ia menunjukkan otot vagina anda lemah dan anda patut melakukan latihan kagel. Ia akan menjadi semakin buruk jika anda membiarkannya.

Senaman ini melibatkan bahagian yang agak sulit untuk dibicarakan, tapi untuk kepentingan dan kesihatan bersama saya cuba supaya tulisan ini tidak menjadi sumbang.

Otot pelvis terdiri daripada beberapa otot yang boleh menggerakkan bahagian punggung dan pangkal kaki. Otot ini menampung bahagian peranakan (uterus), pundi kencing (bladder) dan amat jarang diberi perhatian selain sesekali berurut atau bersengkak.

Melahirkan anak, obesiti (terlebih gemuk), keturunan dan proses penuaan adalah diantara penyebab utama otot vagina kendur dan lemah.

Bagaimana anda melakukan senaman ini???senang je...caranya ialah dengan mengemut seperti tahan kencing. Tetapi anda kena pastikan dulu otot mana yang patut dikemut. pastikan anda kemut otot yang betul dan bukan otot punggung (anus) dan JANGAN lakukan kemutan ini semasa anda terasa mahu kencing. Lakukan semasa pundi kencing anda kosong. Kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri,duduk atau berbaring. Pastikan anda fokus pada otot yang berkenaan sahaja.

Ramai yang tersilap dengan mengemutkan otot punggung atau perut . Ini tidak akan memberi apa-apa kesan.

Bila sudah selesa,cuba tahan kemutan selama lebih kurang 8-10 saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan. pernafasan seperti biasa je semasa melakukan kemutan. Ulang sebanyak 4 kali. Disarankan melakukan senaman ini 3 kali sehari dan bila dah selesa lakukan sekerap yang boleh,lebih kerap lebih baik. Keberkesanan senaman ini boleh dirasai tak sampai 3 bulan (suami pasti ketagih, hihi..)

Senaman ini boleh dilakukan dimana sahaja asalkan anda melakukannya pada otot yang khusus itu sahaja..

Senaman ini juga sesuai dilakukan sewaktu hamil kerana ia boleh menguatkan lagi otot pelvis. Selain menggelakkan penyakit 'terkencing' atau dalam bahasa inggeris nya 'incontinence' , senaman ini juga boleh meningkatkan lagi kenikmatan perhubungan sexual suami isteri lebih lebih lagi bagi para isteri yang agak payah untuk mencapai nikmat seks. (orgasm)