Halaman

Selasa, 26 Februari 2013

SekOLah 2012

 As a mom, memang x-cited sgt coz nie la pengalaman menghantar anak ke sekolah rendah. Tahniah pada abg kry coz dah naik darjah 1. Adik2 still di tadika lama...

masing-masing semangat nak pegi sekolah
Diorang di hantar ke sekolah cina .Semua pada sesi pagi ... so far tengok pergaulannya ok la...lg pun ader jgk 2-3 orang member tadika lamanya. Bab makanan pulak memang dah di asuh dari kecik supaya tak makan makanan orang. Masa mula hantar ke tadika takut jugak klu termakan makanan anak cina so dari kecik la mama ajar diorang keburukan daging babi dan diterangkan secara detail kenapa tak boleh makan makanan yang di masak selain dari orang islam. Dan al-hamdulillah abg kry memang faham dan kecik2 pun dah alert dengan makanan halal nie. Di sebabkan persekitaran, diorang dibekalkan makanan dari rumah jew, tapi slalunya beli la...nasi lemak,kuih, roti,kek and klu ada masa bru mama buatkan nasi goreng @ just goreng fries,hotdog/nugget jew. Slalunya malam2 dah tanya kat diorang nie, nak bawak aper kat sekolah.



Ada sekali tu Zulaika dapat yakult,cikgu di tadika (cina) bagi. Dia tak minum pun kat sekolah, rupanya dia ragu2 benda tu halal ke haram sebab orang cina yang bagi. dia takut dalam tu ada babi atau cikgu dia ada bela anjing...hihi,klakar jer,tapi ok la coz dier dengar kata la kan.
1st time tadika (4year)

Tak macam abang dan kakaknya, balqis nangis masa 1st time kena tinggal di tadika. Aduh, sedih jugak hati mama nak tinggalkan adik dalam keadaan nangis2. 
Adik tadika sekali dengan kakak tapi adik di kelas 4 tahun, kakak kelas 6 tahun... Kakak kata adik tak nangis lama. hari kedua pun masa hantar muka sedih jer,tapi tak nangis la.. tiap kali balik macam2 adik citer pasal sekolah dier. And hari ke-3 dah tak ada masalah. Agaknya sebab dier dah ada kawan. 




Time untuk sekolah agama di sesi petang
Abang zikry dah 2 tahun sekolah agama but nie 1st time bagi zulaika.... Memang comel anak mama bertudung. Balqis tak leh sekolah lagi coz sek agama just tuk 5tahun ke atas.

abang zikry di sekolah agama
Actually mama bukan jenis parent yang paksa anak supaya jadi pandai tapi mama cuba sedia kemudahan pada anak2 setakat termampu jer. For the 1st week diorang memang nampak letih la... sementara nak di jadikan rutinkan. 2 minggu lepas persekolahan bermula, mama dapat tahu cikgu kelas abg zikry ada buat tuisyen bahasa cina di rumah, so lepas sekolah agama, dalam pukul 6.30ptg, abg zikry akan bersiap pulak ke kelas tuisyen. Sian jugak tengok abg zikry tp klu tak ke tuisyen pun akan jadi masalah jugak coz memang xreti la nak ajar kerja sekolah bahasa cina nie. Lagi pun bila ke tuisyen abg zikry boleh study dengan kawan2....Mama and babah just cuba buat yang terbaik tuk anak2 mama, hope anak2 mama dapat mengejar cita2 dan menjadi insan yang berguna kelak, amin....


Jumaat, 15 Februari 2013

Kellie's Castle

Nie time cuti sekolah ri tu,tak tau nk jalan mana,so kitaorg plan ler gi Kellie Castle...

Actually walaupun dah lama dok Ipoh tp nie ler 1st time kami ke sini... reason nyer coz cik abg kata tempat nie 'keras' that why tak sesuai bwk baby ... hurm, skung nie dah tak der baby so xder alasan lagi.....


huhu...tak sangka bangunan tak siap nie pun kena bayar, tapi tak mahal mana pun...
sesuai sangat la tuk family.


Sket citer pasal Castle nie...

Bangunan nie di bina oleh William Kellie Smith, seorang peladang getah terkemuka British...
Apa yang menarik pasal bangunan nie......


Bangunan nie mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia dan lif yang pertama dibina di Tanah Melayu (Malaysia). Di tingkat dua bangunan ini pula akan di bina padang tenis berlantaikan simen


Nie kat tingkat dua
Klu di ikutkan tempat nie akan jadi padang tenis...wow, padang tenis di rumah. Bila naik atas nie pemandangan memang cantik, tak rugi la datang






adik2 pengakap pun ader.... sek mana tah,xsempat nak interview  >__<


pemandangan dari atas


my hubby,anak n adikku posing jap ^__^
Still di tingkat 2,iaitu bersebelahan dengan padang tenis

guest room nie tak besar mana pun
tangga di castle nie semua besar nie jer...

so, macam semua dah tahu....tempat nie menyimpan beberapa cerita misteri, memang tak di nafikan ada sesetengah tempat yang rasa cam seram sket nak gi tetambah di bahagian terowong n bilik bawah tanah...tak masuk pun,so tak der la post gambar nyer. Jom tengok bilik lain plak eak..

bilik anak pompuan nyer

bilik anak lelaki & laluan antara 2 bilik

Kawasan di KORIDOR


model je yer, bukan roh kellie

Ini "Kellas House", rumah pertama Tuan Kellie Smith yang diduduki bersama keluarganya. Dibina pada tahun 1904. sebahagian rumah nie runtuh semasa perang dunia ke-2

area kandang kuda dirumah lama Kellie



dapur and yang lubang tu oven

Nie je la serba sedikit gambar bahagian bangunan nie... tak sempat nak melawat keliling kawasan coz  anak2 semuer dah penat, hope next time leh datang lagi tempat nie...

Rabu, 6 Februari 2013

Selamat Pengantin Baru ASHRAF & ARNI

Congrat
Kejinjang pelamin juga akhirnya adikku nie setelah memenuhi syarat our mom (hihihi).... Aper pun pic korang mmg sweet la... jom layan...



Akad Nikah
Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Jamek Kajang , yang di hadiri sanak saudara dari kedua belah pihak... that means, pertemuan 2 negara la, Malaysia dan Indonesia....

Nie la yang dikatakan seri pengantin.... ann lawa betul hari tu.


Gubahan Mas kawin
my cute lil sis









kusyuk pengantin dengar ceramah dari kadi yer....

 

Saat di tunggu2... dengan sekali lafaz, Alhamdulillah sah la mereka sebagai suami isteri....


Family kami di bilik pengantin

Keluarga Paksu & Maksu
Ohana

Malam Berinai


Sikit info yer...malam berinai nie bukan la wajib, tetapi lebih kepada ADAT.  Lain tempat lain definasi malam berinainya.


aksi sempoi dari pengantin

akhirnya bertemua jua, setelah sekian lama hanya berfacebooking jer.

Hari Kenduri

Raja sehari
ketibaan pengantin lelaki
Pengantin duduk bersanding
Persembahan silat oleh adik kesayangan kami...
Flower Girl


"Di renjis-renjis di pilis
di tepungi la tawar
hai beras kunyit ditabur
di siram si air mawar"




Bunga telur di berikan sebagai tanda terima kasih pengantin yang bakal mengembangkan zuriat, insyaAllah

Makan beradab dan acara Potong kek










 Saat bercinta






Kakak doakan ikatan ini berkekalan kehujung nyawa.... 
Ya Allah ya tuhanku, kau kurniakanlah sifat sabar kepada iparku agar dapat dia melayan adikku dengan senyuman yang indah dan engkau jadikanlah adikku seorang suami yang penyayang dan mampu membimbing isteri dan zuriatnya je Jannahmu Ya Allah...amin.