Halaman

Jumaat, 6 Julai 2012

Hijrah dan hijab 35 selebriti wanita Malaysia!

Sejak kebelakangan ini kita boleh lihat banyak artis samada wanita atau lelaki telah melalui satu fasa penghijrahan mendekati Islam. Penghijrahan mereka ada melalui mimpi, sebaik pulang dari tanah suci Mekah dan ada juga kerana mereka sedar ia merupakan tututan agama Islam.

Fenomena penghijrahan artis adalah sesuatu yang amat baik dan positif apatah lg mereka merupakan role model yg sentiasa menjadi perhatian masyarakat.Penghijrahan yg dilakukan ini diharap akan berkekalan agar dapat membuka mata masyarakat sekeliling untuk kembali ke jalan yg benar sekali gus memilih gaya hidup yg positif. Mari kita lihat antara selebriti yg sudah berhijrah sejak beberapa tahun lps hingga kini.

1. Wardina Saffiyah
Beliau telah pun mendirikan rumahtangga bersama seorang arkitek Ikhwan Johari pada September 2002 dalam sebuah majlis yang mendapat liputan meluas media. Kini bahagia sebagai ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.


"Orang akan menilai kita melalui pakaian kita, dan pakaian kita ini menzahirkan siapa kita. Saya mahu dikenali sebagai seorang wanita muslim"


2. Irma Hasmie
Irma Hasmi Ibrahim sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan ringkas tetapi meriah ini diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.


“Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon



3. Yat Hamzah
SELEPAS berkahwin dan dikurniakan seorang anak, Suci Hanania Malika, Haryati Hamzah atau Yatt, 32  mula terfikir untuk berhijrah menjadi isteri dan ibu yang baik buat cahaya matanya itu.

“ia sebenarnya tidaklah begitu sukar dan ada saja jalan ke arah itu.




4. Katriona Ross
Kebetulan semasa saya mula menegakan hijab, suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu,” katanya sambil menghela nafas panjang.
Apabila dia pulang ke rumah dan membuka pintu, saya sudah memakai tudung…dia (suami) nampak sangat terkejut dan bertanya, ‘bila’, saya kata ‘pagi tadi’…dia tidak kata apa-apa hanya datang memeluk dan mencium saya.


5. Wilma Mohammed
Wilma mula berhijab sejak tahun 2007 selepas mendirikan rumah tangga.

6. Ana Raffali
“Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan… Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung”.

“Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. ‘It felt right.’ Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (ketika itu belum menjadi suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata ‘Alhamdullilah’.

7. Diana Amir
Semuanya bermula apabila pada hari raya ketiga, Diana berkesempatan berjumpa dengan temannya yang terlebih dulu sudah memakai hijab. Pada malam itu Diana menilai dirinya dan merenung masa akhiratnya.
“Apabila sudah menutup aurat, semuanya terjaga. Dari segi percakapan, perlakuan, pergaulan dan pemakaian, semua perlu dilakukan seimbang dengan imej bertudung kerana saya tidak mahu dikatakan bertudung hanya kerana terikut-ikut,” katanya.

Tidak ada alasan untuk menangguhkan perkara yang baik


“Kenapa mesti berdegil sedangkan dalam al-Quran sendiri sudah menjelaskan mengenai perihal bertudung. “
8. Natasha Hudson
Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed (suami) juga gembira dengan imej baru ini.

Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar.

Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan.

9. Sharifah Sofia
Melalui statusnya, Sharifah Sofi a menyifatkan penghijrahan imejnya itu sebagai bab baru dalam hidupnya.
Malah, ibu kepada Sharifah Ariana Syed Ismail yang berusia setahun lebih ini juga menolak secara baik sebarang publisiti mengenai penghijrahannya.
Sebagai permulaan, Sharifah Sofia sudah mula memadam gambar lamanya yang tidak bertudung di laman sosial miliknya.

10. Safura


11. Ramlah Ram


12. Sharifah Aini

13. Aliza Bt. Abdullah (Enot)
Selama 17 tahun berada dalam bidang ini saya akui sering lalai. Alhamdulillah pada usia 33 tahun, Allah buka pintu hati saya untuk menutup aurat.

“ Memang banyak dugaan yang terpaksa saya tempuh apabila mahu berubah, antaranya saya tidak ada job”
14. Siti Nordiana
Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.


"Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim.
15. Aida Khalida
“Panas sewaktu bertudung tidaklah sepanas mana kalau dibandingkan dengan panas api neraka di akhirat nanti. Mula-mula memang rasa panas tetapi lama kelamaan saya sudah jadi biasa dan ia menginsafkan”



16. Abby Abadi

2 hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini

17. Norkhiriah (Pelakon )


18. Raja Farah
Ia adalah penghijrahan kekal saya sebagai isteri orang. Saya beralih arah memakai tudung atas kehendak sendiri dan sudah tiba masanya untuk saya berubah demi kebaikan.
Syukur suami juga memberikan sokongan dengan hasrat saya untuk berubah penampilan.

Apapun, saya memang sudah menyimpan hasrat hendak memakai tudung sejak belum berkahwin lagi. Malah, saya mulakan dengan berselendang dulu.


19. Anne (Bekas DJ Hot FM )

“Saya rasa selesa bertudung kerana sebelum ini pun sedikit sebanyak saya sudah mula membiasakan diri mengenakan tudung di rumah


20. Anne Ngasri

“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai”


21. Liza Hanim

22. Noraniza Idris



23. Akma AF

24. Mek Salam Pantai Timur


25. Aishah ( penyanyi 90an )
Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand.
Aishah telah berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 30hb April 2010. Pasangan ini telah bernikah di Narathiwat, Thailand.



26. Abby Fana ( DJ dan pengacara)

27. Nuremy Ramli ( Artis MIG )

28. Farah Asyikin
“Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesama kita.
“Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selelsai menunaikan solat taubat nasuha.
“Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi saya itulah kebesaran Tuhan”


“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat.


29. Farah AF2
“Sedikit sebanyak pembabitan saya mengacarakan program Rasa Halal Orient di Astro Oasis memberi dimensi indah untuk saya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan. Alhamdulillah, saya percaya ada hikmah di sebalik semua yang terbentang di depan mata kita ini

"Farah selalu terfikir apabila melakukan perkara yang disuruh Allah S.W.T, ia masih tidak sempurna jika Farah tidak bertudung.

30. Siti Fazurina
Saya tiada apa-apa alasan kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang daripada hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke 30 pada 9 Jun lalu

"Insya-Allah, imej ini akan kekal selamanya kerana ia adalah satu perkara yang dituntut oleh agama,"



31. Jojie
Alhamdulillah perubahan Jojie kekal sehingga ke hari ini dan beliau tidak berniat untuk berubah kembali ke imej asal kerana selesa dengan apa yang beliau ada sekarang. Harapnya perubahan yang kekal akan singgah ke hati Jojie.

niat didalam hati untuk mengenakan tudung telah lama wujud namun kekuatan itu belum ada sehinggalah suatu hari saya merasakan sudah sampai masa untuk niat dilaksanakan.

Nanti ajak adik awak tu sekali yep 


32. Sheila Rusly

“Insya-Allah, saya akan kekal bertudung. Saya pergi menunaikan haji selama 44 hari dan sejak itu saya tidak pernah menanggalkan tudung ini.

33. Nora

Semuanya lahir dari hati saya yang tulus

34. Ekin Mawi
35. Siti Nurhaliza
( Walaupun Dato Siti Nurhaliza dilihat memakai tudung yang tak menutupi penuh rambut beliau, beliau juga diantara selebriti yang sudah berhijrah ke arah lebih baik. Mari sama-sama kita doakan!)


Mudah-mudahan penampilan mereka ini benar-benar ikhlas dari hati mereka masing-masing dan bukan hanya ikutan fesyen sahaja. Apa yang pihak Jom Berita harapkan penampilan mereka ini akan kekal buat selamanya dan kami mendoakan agar mereka terus berjaya kelak tidak kira dalam apa jua yang mereka bakal tempuhi. Mereka sudah..kita bila lagi??

Tiada ulasan: