Halaman

Ahad, 8 Julai 2012

Gambar Bayi Mangsa Dera Kini Tersebar Di Internet?




Ramai di laman sosial facebook dan twitter menyebarkan video seorang wanita yang mendera bayi. Kini tersebar pula sekeping gambar yang DIDAKWA kanak-kanak terbabit sewaktu dirawat di hospital.

Difahamkan kanak-kanak itu kini dibawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semalam PDRM melaporkan telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes itu telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama.

Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Entri berkaitan –> Ibu Kandung Mengaku Bersalah Dera Bayi Berusia 9 Bulan
Entri berkaitan –> Bayi Mangsa Dera Ibu Kandung Kini Ditempatkan Di Jabatan Kebajikan Masyarakat
Entri berkaitan –> Polis Sahkan Ibu Kandung Dera Bayi & Kini Sudah Ditangkap

Tiada ulasan: