Halaman

Isnin, 22 Julai 2013

Mommy LiTtle cHEf ^__^ ( Popia goreng dan Sos pencicah ) -with recipe-

Kali nie terasa nak makan popia... ada je orang jual petang2 tapi inti tak kompom sedap, so buat sendiri la puas hati. Boleh makan puas2 dan selalunya kalau buat memang akan buat banyak2. Simpan tempat beku peti sejuk boleh tahan seminggu dua jugak.

Disebabkan ramai helper so mama decide nak buat popia kecik. Masa gi beli kulit popia, kulit yang kecik dah abis, so mama beli yang besar dan potong 4.. jadi la popia kecik.. hihi


Cara buat popia nie senang je, tp inti je la... mengikut cita rasa masing2... yang penting intinya dimasak sehingga kering.



Yang mama buat nie memang inti favorite mama, simple tp sedap... ayam boleh tukar ke udang atau lain2. Ada jugak yang letak telur tapi mama suka letak tauhu. Sayur pun  boleh tambah atau tukar pakai sayur lain, etc : kacang panjang, jagung, kacang peas dll.


Gunakan putih telur/ bancuhan tepung jagung sebagai "gum" semasa membalut popia.

Sos Pencicah Popia


Bahan2

4 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili
2 1/2 - 3 sudu besar gula
secubit garam
sedikit aji

Cara-cara

1. Kisar cili dan bawang putih hingga hancur
2. Kemudian masak atas dapur dengan api sederhana
3. Masukkan sos cili, gula, garam, perasa dan sedikit air. Kacau sebati.
4. Kepekatan dan kemanisan sos ikut cita rasa anda... 


Tiada ulasan: