Halaman

Ahad, 25 Ogos 2013

Cara Bertungku Yang Betul (Untuk wanita lepas bersalin dan untuk mengatasi lenguh-lenguh badan)



Kalau cakap bertungku... ramai akan fikirkan tungku hanya kegunaan wanita lepas bersalin dan salah satu amalan dalam berpantang wanita melayu.  ANDA SALAH...

Memang major reason, penggunaannya bermula masa dalam pantang, tapi penggunaannya jauh lebih luas.


Bertungku bukan sahaja untuk wanita dalam pantang tetapi boleh juga digunakan untuk melegakan kaki kebas, sakit-sakit badan, sakit ketika datang bulan dan boleh menjadi media menguruskan badan sebagai ganti sauna dan terapi kecerdasan diri.





Pelbagai jenis tungku


Memilih Tungku

Kaum ibu dahulu akan memilih tungku berbentuk lonjong atau bulat bujur segitiga seperti dalam gambar. Pastikan no 1 dan 2 dalam rajah sebab saya akan gunakan nombor ini untuk membantu ibu-ibu cara terbaik menggunakan tungku.


Saya lebih selesa menggunakan tungku dari batu sungai, selain tak berat ianya juga mudah di dapati... memandangkan kampung saya terkenal dengan kawasan riadah dan terdapat banyak sungai2 etc Titi Hayun ( ^_^ )v.

Batu sungai tersebut akan dipanaskan atas api, dan dibalut dengan daun mengkudu, daun sirih atau pun daun lengkuas.



Cara Memanaskan Batu Tungku
Gunakan dapur gas memasak anda, dengan api yang perlahan... panaskan batu. PERINGATAN : Jangan gunakan api yang besar sebab batu akan merekah dan terbelah. Lagipun api yang besar menjadikan batu cepat panas dan cepat juga sejuk. Tapi dengan api yang kecil, panas akan meresap ke dalam batu dan panas akan tahan lama. Biar lebih kurang 5-20 minit (anggaran mengikut saiz batu). Jangan terlalu lama, kalau tak kain pun boleh terbakar.

Setelah di bakar alas atas kain dengan daun sirih, mengkudu atau daun lengkuas sebelum meletakkan batu tungku. Biasanya kepanasan batu tungku ini bertahan lebih kurang 1 jam.


Cara Bertungku Untuk Wanita Lepas Bersalin
Cara bertungku ibu lepas bersalin lebih focus kepada proses mengecutkan rahim, menolak rahim ke atas dan mengecilkannya. Letak bahagian bucu batu (no.1) di atas ari ari dan tolak bahagian yang lebih kecil (no.2) ke atas. Buatlah berulang kali di setiap sudut bawah ari2 anda dengan menolak batu dari bawah ke atas.

Bahagian batu yang besar (no.1) akan memanaskan rahim dan mengecutkannya. Bahagian yang kecil pula (no.2) akan membantu menolak rahim dengan lembut.

kawasan yang perlu di tungku

Bahagian badan lain yang perlu di tungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak, belakang badan dan belikat. Tungku juga di bahagian buah dada, bertungku di sekitar buah akan melancarkan pengaliran darah. Bertungku baik dilakukan ketika berbaring. PERINGATAN : Jangan letak tungku di tengah perut.

Bertungku juga membantu kita mengurangkan lemak di bahagian perut. Bertungku lah selama 1/2 jam pagi dan petang.

Tips: Selalunya kain batik digunakan untuk membalut tungku, bloeh juga digantikan dengan kain cotton atau tuala kecik. Masa tungku masih panas, lapik perut anda dengan baju / apa2 kain sehingga anda yakin dengan suhu yang selesa. Ini bagi mengelakkan kecederaan pada kulit anda. Bila tungku makin sejuk, kurangkan lapik tungku anda, so anda dapat gunakan dalam masa yang lama. Lepas habis bertungku, tungku yang masih panas boleh di letakkan di bawah pinggang, bahagian belakang pinggang, punggung dan kaki.

Cara Bertungku Bagi Mengurangkan Sakit-sakit Badan dan Lenguh Badan.
  • Batu tungku di panaskan dan di balut dengan beberapa lapisan lain yang telah di letakkan daun mengkudu. Setelah di balut dengan rapi, hujungnya di ikat dengan ketat supaya tidak terburai
  • Tungku di bahagian ulu hati   : tujuannya untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.
  • Di bahagian Tengkuk   : letakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher. Letakkan di titik bekam kaahil dan akhda'ain.

  • Di bahagian bawah pinggang pula   : anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki, tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Lebihkan masa pada bahagian paha sebelah luar kiri dan kanan kaki. ini kerana di situlah terletaknya urat utama untuk darah mengalir ke kaki. Kalau block darah di situ, akibatnya kaki cepat lenguh
  • Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki   : kaki di rapatkan menjadi satu kemudian di gerakkan ke hadapan dan kebelakang. Jika tungku anda berbentuk bulat, golek-golekkan tungku ke depan dan ke belakang. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
Bertungku memerlukan kerajinan bagi mendapatkan kesan yang optimal.

Selamat mencuba ( ^_^ )

23 ulasan:

Mama AzS berkata...

the info that i'm sharing kebanyakkannnya dari pembacaan di blog2 dan laman web, saya pun dh lupa dari blog mana sebab kadang2 saya juz copy content n save it than bila ada masa lapang bru di edit ke blog, mintak halal yer pada pemilik blog tersebut, gambar2 pulak crdt to en.google,

Kedai Stoki Denira berkata...

assalamualaikum iznkan kak ummu copy sebahagian ye.

Mama AzS berkata...

sharing is caring, silakan....

Nor Aziah binti Sadri berkata...

Terima kasih utk info berguna ini. Sedang amalkan bertungku skrg :)

Nor Aziah binti Sadri berkata...

Terima kasih utk info berguna ini. Sedang amalkan bertungku skrg :)

Aini Syahril berkata...

Sy nk share ye...tq..hihi

Unknown berkata...

Terima kasih semoga Allah dpt mmbalas jasa baik admin

zulamad berkata...

Terima kaseh utk luaskan ilmu melayu serantau..

Unknown berkata...

Mohon share ye. Terima kasih :)

Unknown berkata...

menarik..dpt mmbantu dlm proses brtungku..terima kasih ats prkongsian..

Naj berkata...

Perkongsian yg sgt bermanfaat. terima kasih Cik Pn Blogger
:)

Naj berkata...

Perkongsian yg sgt bermanfaat. terima kasih Cik Pn Blogger
:)

Unknown berkata...

Tq...info yg sgt bermanfaat

Natasya berkata...

Sy share ye😉

Unknown berkata...

Info terbaik. Mohon share ya. Tq

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih ye atas perkongsian..sedang amalkan.

Unknown berkata...

terima kasih.. saya copy ye

Unknown berkata...

Terima kasih.. Saya share ye😉

Unknown berkata...

sangat munafaat info ini.kpd semua yg baru bersalin jaga diri.ikutlah amalan yg baik..jgn makan benda
sejuk.mandi malam

Unknown berkata...

alhamdulilah, terima kasih untuk perkongsian entry ni, insyallah kempis habis lepas ni hihihi

Unknown berkata...

Info menarik. Mohon izin copy

Unknown berkata...

Info menarik, ada gambar jelas penerangan. Mohon izin copy nak bg pd kawsn yg baru belajar bertungku

Tanpa Nama berkata...

salam sis nak tanya kenapa tak boleh bertungku di tengah perut?