Halaman

Rabu, 9 April 2014

Cheese Bun (simple n easy)

belom di bakar
Bahan-bahan;

3 cwn tepung gandum
5 sudu besar susu tepung
1/4 cwn minyak (m.jagung / m.masak)
1/2 cawan gula pasir
1 sudu besar yeast kering(serbuk) - larutkan bersama gula, air suam dan yis
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
Air suam secukupnya (agak2 adunan xmelekat di tangan)

Cara-caranya ;

  1. Uli doh dengan mencampurkan semua bahan-bahan sehingga doh lembut dan elastic.
  2. Rehatkan doh sehingga naik 2x ganda. INGAT...semakin lama kita menguli doh, semakin baik roti kita nanti dengan tahap kelembutan serta gebu.
  3. Bila doh dah naik, bulatkan kecil2 (dalam besar buah langsat) buat sampai habis.
  4. Susun dalam loyang yg telah di griskan, jarakkan adunan supaya cukup ruang untuk adunan mengembang.
  5. Rehatkan doh lagi sekali, bagi naik 2x ganda or selama 2 jam.
  6. Panaskan oven ada 220-250c supaya roti xlambat masak dan keras. Sementara tu parutkan cheese @ bijan, Kelapa kering atau plain pon ok.
  7. Bakar adunan selama 10-15 min je. 

-------------------------------------------------------------------

SELAMAT MENCUBA

-------------------------------------------------------------------

Ahad, 25 Ogos 2013

Cara Bertungku Yang Betul (Untuk wanita lepas bersalin dan untuk mengatasi lenguh-lenguh badan)



Kalau cakap bertungku... ramai akan fikirkan tungku hanya kegunaan wanita lepas bersalin dan salah satu amalan dalam berpantang wanita melayu.  ANDA SALAH...

Memang major reason, penggunaannya bermula masa dalam pantang, tapi penggunaannya jauh lebih luas.


Bertungku bukan sahaja untuk wanita dalam pantang tetapi boleh juga digunakan untuk melegakan kaki kebas, sakit-sakit badan, sakit ketika datang bulan dan boleh menjadi media menguruskan badan sebagai ganti sauna dan terapi kecerdasan diri.

Khamis, 25 Julai 2013

Menjaga Luka Episiotomi, akibat melahirkan - Dr Zubaidi


 Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj. Pada masa dahulu, doktor sering melakukan secara rutin, apabila mereka menyambut kelahiran kelahiran bayi yang dilahirkan secara normal melalui faraj.

Di kebanyakkan negara maju,  episiotomi tidak lagi dilakukan secara rutin. Doktor dan bidan di kebanyakan negara Eropah (kecuali Poland dan Bulgaria), Australia, Canada dan Amerika Syarikat tidak lagi mengamalkan  episiotomi secara ritun dan hanya melakukannya sebagai pilihan terakhir.

Dalam satu kajian di Amerika Syarikat mendapati pada tahun 1973, seramai 31% wanita yang melahirkan anak di hospital di sana tidak menerima  episiotomi dan bilangannya menjadi 56% pada tahun 1979. Ini bermakna  episiotomi semakin kurang di lakukan.

Luka episiotomi sukar dijaga. Namun melakukan episiotomi dapat mengelakkan kemudaratan yang lebih besar.

Kemudaratan yang lebih besar boleh berlaku ketika bayi mula keluart dari faraj, regangan pada bahagian ini menyebabkan koyakan dan luka berlaku tanpa kawalan. Ini dinamakan perineal tear.

Jika luka ini melibatkan saluran darah, ia menyebabkan pendarahan yang banyak. Luka yang berlaku akibat koyakan yang tidak di kawal boleh berpanjangan sehingga ke lubang dubur, menyebabkan luka yang besar dari faraj ke lubang dubur.

Oleh itu koyakan yang besar dan pendarahan yang banyak cuba dielakkan dengan menggunting bahagian perineum agar luka ini lebih kecil dan terkawal. Inilah tujuan melakukan episiotomi. Bayi juga dapat dikeluarkan secara cepat dan selamat.



Sesetengah doktor yang berpengalaman cuba mengelak dari melakukan episiotomi  kerana luka ini menyakitkan, boleh menyebabkan rasa sukar membuang air besar dan kencing, serta lukanya lambat sembuh. Ia adalah pilihan terakhir bagi mengeluarkan bayi yang besar, dan sukar dikeluarkan.

Episiotomi boleh dielakkan jika doktor wanita yang menyambut kelahiran bayi melakukan renggangan  pada bahagian faraj. Teknik ini di namakan vaginal swap atau perineal massage dimana doktor akan memasukkan dua jari ke dalam faraj dan merenggangkannya. Ini membantu otot faraj menjadi lebih relaks sebelum kepala bayi keluar melaluinya.

Luka episiotomi selalunya akan dijahit bagi merapatkan semua tisu yang telah terkoyak dan ini mempercepatkan penyembuhan luka. Jika wanita yang melahirkan bayi tadi tidak diberikan epidural analgesia, maka doktor akan memberikan suntikan bius pada luka tersebut sebelum menjahitnya. Jika bius yang diberikan tidak mencukupi, beritahulah doktor agar lebih banyak suntikan bius dapat diberikan.

Namun begitu, proses penyembuhan luka episiotomi yang selalunya lebih sukar untuk sembuh kerana kawasan luka itu basah dan 'lebih kotor'.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan penyembuhan ialah :


  1. Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menyebabkan kawasan disekitar luka menjadi 'rasa kebas' dan ini mengurangkan sakit serta mengurangkan bengkak.
  2. Rendamkan punggung ke dalam basin yang berisi air suam dan campurkan sedikit larutan antiseptic bagi membasuh kekotoran disekitar luka.
  3. Jika berpeluang bersendirian dalam bilik, dedahkan luka agar mudah dikeringkan. Untuk itu pastikan kipas dibuka untuk memastikan peredaran udara yang baik. 
  4. Jangan terlalu lama duduk atau terlalu lama berdiri. Luka yang sedang sembuh mudah membengkak apabila seorang wanita tidak cukup atau berbaring terlalu lama. Cuba sesekali bangun dan berjalan-jalan di dalam bilik untuk membantu penyembuhan.
  5. Jika luka kelihatan berair atau mengeluarkan air yang jernih, boleh masukkan kain kasa yang bersih ke tempat yang luka. Jika kering dan tidak berair, tidak perlu dimasukkan kain kasa. Jika kawasan itu mengeluarkan lendiran yang berbau busuk atau nanah atau darah, harus berjumpa doktor ubtuk pemeriksaan lanjut.
  6. Jika rasa sakit dan tidak selesa atau mungkin rasa demam, bolehlah menelan ubat Paracetamol 500mg setiap 6 jam. Jika tidak mengalami sakit, ubat perlu di elakkan terutama jika menyusukan anak.
  7. Luka episiotomi dijangka akan sembuh antara 2 minggu hingga sebulan. Benang jahitan pada luka tidak perlu ditanggalkan oleh doktor kerana ia akan tanggal sendiri. Jika luka masih tidak sembuh selepas sebulan atau mengeluarkan nanah, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.
Jika tidak pasti sama ada luka telah sembuh atau tidak, boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan setelah habis waktu pantang atau selepas enam minggu dari waktu melahirkan anak.

Apabila telah sembuh dan darah nifas telah telah kering, maka bolehlah menjalankan hubungan intim bersama suami. Berterus terang kepada suami jika tidak merasa selesa atau sakit.

Rasa tidak selesa dan rasa kekeringan adalah antara rungutan yang selalu ditanyakan kepada saya.  Saya mencadangkan gunakanlah pelincir K-Y Jelly. Ini akan menyebabkan faraj lebih lincin dan tidak menyakitkan.

Perasaan tidak selesa ini juga dapat dikurangkan dengan bersikap tenang ketika bersama suami. Mandilah dengan air suam sebelum bersama suami untuk melembutkan otot tubuh dan lakukan mukadimah jimak (foreplay) pada kadar yang lebih lama supaya lendiran faraj keluar secukupnya. Ubahlah kedudukan dan posisi bagi mengelakkan rasa sakit dan tidak selesa.

Wallahu a'lam

sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad


Isnin, 22 Julai 2013

Mommy LiTtle cHEf ^__^ ( Popia goreng dan Sos pencicah ) -with recipe-

Kali nie terasa nak makan popia... ada je orang jual petang2 tapi inti tak kompom sedap, so buat sendiri la puas hati. Boleh makan puas2 dan selalunya kalau buat memang akan buat banyak2. Simpan tempat beku peti sejuk boleh tahan seminggu dua jugak.

Disebabkan ramai helper so mama decide nak buat popia kecik. Masa gi beli kulit popia, kulit yang kecik dah abis, so mama beli yang besar dan potong 4.. jadi la popia kecik.. hihi


Cara buat popia nie senang je, tp inti je la... mengikut cita rasa masing2... yang penting intinya dimasak sehingga kering.



Yang mama buat nie memang inti favorite mama, simple tp sedap... ayam boleh tukar ke udang atau lain2. Ada jugak yang letak telur tapi mama suka letak tauhu. Sayur pun  boleh tambah atau tukar pakai sayur lain, etc : kacang panjang, jagung, kacang peas dll.


Gunakan putih telur/ bancuhan tepung jagung sebagai "gum" semasa membalut popia.

Sos Pencicah Popia


Bahan2

4 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili
2 1/2 - 3 sudu besar gula
secubit garam
sedikit aji

Cara-cara

1. Kisar cili dan bawang putih hingga hancur
2. Kemudian masak atas dapur dengan api sederhana
3. Masukkan sos cili, gula, garam, perasa dan sedikit air. Kacau sebati.
4. Kepekatan dan kemanisan sos ikut cita rasa anda... 


Isnin, 8 Julai 2013

How to Make Onigiri (rice ball)


Onigiri are rice balls, usually with a tasty filling. They are very portable, and therefore are very popular for carry-along lunches. Nie antara fav la sebab mudah nak buat...  filing plak ikut suka nak letak aper2 pun. Boleh jugak buat pakai acuan.

Bahan dan cara membuat Onigiri

- Nasi Sushi ( how to make it - click here )

- Nori

- Air 
(untuk basahkan tapak tangan)

- Filling 
(mengikut citarasa, etc, tuna, chicken dan lain-lain)
 i'm using Tuna Mayonnaise by Ayam Brand + sedikit perahan lemon



-Basahkan sedikit tapak tangan

- Bulatkan nasi sushi dan buat lubang di tengah

- Isi filling

- Bentukkan mengikut kreativiti masing-masing

- Balut dengan nori and make it cute ^__^


Cute Onigiri Pic



Mommy LiTtle cHEf ^__^ ( Sushi ) -with recipe-

Sushi, antara makanan fav kami sekeluarga.. disebabkan mama comel nie baik.. So mama google and selidik la cara2 nak buat sushi (yang tak ler susah mana)..

Nie la hasil nyer,hihi.. Memang best, anak-anak semua enjoy terutama masa 'comel'kan onigiri diaorang tu...haha (mama xcited lebih :P )

nie yang mama buat, comel kannnn....

Bahan-bahan untuk buat Sushi



Nasi sushi 
Nori
Sosej
Timun jepun
crab stick
mayonis
tuna (ayam brand)

*bahan boleh di pelbagaikan mengikut citarasa.

Cara-caranya

- Masak nasi sushi dan sejukkan sikit terlebih dahulu (cara masak nasi sushi step by step click here )
- kemudian bentukkan supaya mudah anak-anak nak buat

* Gunkanmaki 
* Onigiri (step by step click here )

- Nori juga di gunting pelbagai corak untuk hias di onigiri ( boleh buat pelbagai bentuk tapi saya pilih bentuk segitiga)

plan for gunkanmaki and onigiri
bila semua dah siap potong dan bentuk .. tiba la masa tuk my kids amik alih... <3 <3

cipta 'muka' onigiri



kreativiti anak-anak

Simple, easy and fun to make.... try la yer, sesuai juga tuk di buat bento (bekal tuk ke sekolah / pejabat)


How to Make sushi RICE

Bahan-bahannya


3 cawan beras sushi (yang ada cam gambar sin chan tu)
  paket kecil nie tak sampai RM10.

3 1/4 cawan air

1/3 cawan cuka (rice vinegar)

2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam


Cara-caranya


- Basuh beras, kemudian toskan.

-Sukat air dan masak 

* Sementara itu, satukan cuka, gula dan garam. Kacau sehingga gula larut

- Apabila nasi masak, gaulkan campuran cuka tadi ke dalam nasi dan gaul
( proses ini perlu dilakukan ketika nasi tengah panas ).

- Siap sedia untuk di buat sushi  ^__^