Halaman

Sabtu, 30 Mac 2013

Perkembangan BABY 10 week (Without Babah)

Keadaan mama agak baik...mual pun jarang la, maybe sebab rest yang cukup and tak buat sebarang aktiviti memasak. Bukan malas cuma memang tak boleh 'bau' sebarang masakan. Orang atas (kita dok kuarters) masak pun kita yang dalam rumah nie dah pening... padahal babahnya tak bau apa2 pun. hihi, memang sensitif betul hidung nie..

Dalam bersuka ria dimanja oleh babahnya, Week ke 9, babah dapat arahan tuk ke Lahat Datu... At 1st mama rasa macam ok jer coz mama percaya dengan qada dan qadar Allah. Tapi masa nak berangkat tu memang terasa la sedih di hati (mama ingat mama kuat,huhu). Tapi yang paling kesian kat mak mertuaku la...masa babah bagi tahu nak gi sabah terus dia tak mau cakap, maybe sedih sangat kot. Boleh faham perasaan dia, tetambah usia yang meningkat, perasaan sedih dia mesti lebih dari aku, huhu...



2 hari lepas tu pun air mata nie macam tak reti nak kering... Kiranya klu tengok mama nangis tu adik2 akan tanya "kenapa mama?", than abang zikry la yang akan jawab "mama rindu kat babah". Hadoi besar dah anak aku nie...paham situasi mamanya. Tapi tak lama pun sebab my lil sis datang teman (cuti sekolah penggal pertama 2013).

Berbalik kepada perkembangan mama pulak, week ke 8 ritu g buat kad pregnant kat klinik kesihatan, check darah semua ok,Al-hamdulillah. Hope mantain mcm nie la sepanjang tempoh hamil nie coz record yang lepas darah mama memang turun sampai 9 lebih jer. Gigi pun dah periksa, geraham bongsu ku nak kena cabut tapi kena tunggu kandungan mencapai bulan ke 4-6 baru boleh cabut... sebabnya ku tak tau la pulak.

Ok macam biasa bila dah hamil nie klinik akan bekalkan ubat tuk kesihatan mama and baby. Tambah darah,Acid folic, B complek and kali nie ada x-tra Vit C coz muka mama tumbuh banyak jerawat kecil2....huhu, memang sedih, abis kejelitaanku (huahua, jelita habis). Pada yang mengalami masalah cam nie, biasa la...hormon tgh hamil bukan nya betul sangat, so redha je la yer... tak yah tension2. Lepas bersalin nanti kita pulihkan la kulit muka kita tu. SNE, colagen2 pun belambak di pasaran, sedia duit jer, hihi.

ok la...jum tengok perkembangan baby dalam perut pulak...agak2 organ apa dah yang anak mama ada yer.... cayunk dier


Congratulations! Your baby is due on or around:

Friday, 25 October 2013
10 weeks pregnant (Recalculate)

  • Your baby is the size of a kumquat




Ahad, 24 Mac 2013

Mommy LiTtle cHEf ^__^ (Roti John)

Cam biasa, bila ada kelapangan di hari minggu mama akan ajak anak2 memasak di dapur. Of couse resepi yang fast and simple. Kali nie terasa cam nak makan Roti john.

Ini la rupa sebenar roti john

Tapi roti john versi mama rupa dia macam nie ^_^
Disebabkan plan je terus gi cari barang tu yang tak sama... di awal pagi nie kedai yang jual bahan2 burger tak buka lagi, nak tunggu sampai kol 10-11pg memang tak der la... time tu mama dah tengah rest2 sementara nak masak tgh hari plak. So kat kedai just ada roti burger biasa jer. Tak per la... yang penting rasanya sama, iya tak...hihi.

So jom kita start, antara bahan2 nya

Roti burger


telur
patty burger, Daging/ayam...mana2 pun boleh
Hancurkan daging burger dan mix dengan telur (2 patty = 3 biji telur gred c), tambahkan sedikit garam dan lada sulah. Boleh letakkan juga bawang besar yang dipotong dadu, tapi mama tak masukkan.


Balqis tengah buat daging mix dengan telur.. kakak zulaika pulak tengah buat salad (bahan ada di bawah)

mayonnaise
 

kubis dan carrot (potong halus2 tuk buat salad)
than mix dengan mayonnaise. Tuk sedapkan lagi perah beberapa titis limau/lemon, marvellous..

Cara masak nyer pulak amatlah mudah... mama tak ambik la gambar time cooking tu coz mama yang masak, xsempat nak snap2 nie. So mama pinjam la gambar kat pak cik google


Panaskan  fry pan/ kuali pun boleh... masukkan butter/planta, ratakan. Than tuang adunan telur + daging tadi. Pastikan api kecil yer coz adunan kita tebal, kan daging banyak. Lepas tu buka roti burger yang dh siap potong di tengah than letak atas adunan tadi, cam dalam gambar. Agak2 adunan telur dah masak, nak terbalikkan pun boleh, nak angkat terus pun boleh... suka hati. Mama terbalikkan dulu coz suka roti tu garing sket. sebelum terbalikkan tu sapu butter/planta atas roti, nyum2...


Lepas angkat tu letak la salad sebanyak mana yang suka cam adik balqis tengah buat nie. Boleh juga letakkan sos, ikut citarasa la.

sesi makan
Nyum2

Ahad, 17 Mac 2013

Korean Food

Masa mencari toys tuk anak2 tetiba jer rasa nak makan masakan korea, mr. somi plak dengan baik hatinya nak tunaikan permintaan mama (hihi,tq babah). So kitaorang gi la kat Berjaya Time Square. Di sebabkan mama suka tgk citer korean so ada la beberapa makanan yang teringin nak cuba.


Anyway thanz pada adikku Yaf ngan ann coz sudi luangkan masa teman kami jejalan walaupun buzy menguruskan majlis perkahwinan diorang.

sweet 
So...jom tengok apa yang nak order
menu 1

menu 2

our 1st food is

Pajeon -pancake with squid spring union
Hihi....it's more like our lempeng lor....

we also try this + a few more rice ^__^
Kimchi soup nie rasa nyer macam asam pedas kita cuma sweet sket (asam pedas kita more tasty) and d fried udon taste hurmmm.. mee dier lain la, tebal dari mee biasa.

next is 


because this is my 1st time ... so kami order 2 jenis bulgogi untuk di couplekan dgn nasi... and the winner is Beef bulgogi. 

side dish
as show in the picture, ada sedikit kimchi + sayur and mayo + ikan bilis

Gyeranjjim -steam egg
Tak tau la orang, tapi pada aku steam egg nie memang tak sedap... rasa telor yang takder perasa,walaupun garam  :P

Kimbab
Dalam banyak2, nie la paling best n must try at any korean food... memang sedap. Walaupun nampak macam sushi tapi rasanya memang lain sket dari sushi.

sebelum makan amik gambar dulu...hihihi
Keseluruhannya kami enjoy cuba makanan korea nie, pada aku pulak rasa makanan2 nya manis2 belaka... cam makanan kelatan pulak,hihi...

Selasa, 5 Mac 2013

Tutorial Solat Dalam keadaan DUDUK

Islam itu indah dan mudah...
Solat ini dapat di amalkan pada mereka yang sakit dan tidak mampu berdiri.
Semoga posting ini memberi manfaat pada kita semua...