Halaman

Jumaat, 20 Julai 2012

Idea-idea untuk ditulis dalam blog anda....



Tadi masa tengah chatting, 1 of my friend pop-up tis question... "nak tulis aper dalam blog ye??". Mungkin perkara nie xmenjadi masalah pada sesetengah orang tambah2 yg dalam kategori 'wartawan bergerak' sebab orang mcm nie slalunya memang tak pernah kering ngan idea ^_^ . Tambah2 pada blogger yang baru...mmg persoalan nie la yang akan bermain di fikiran, di lema ku jugak 4 tahun lepas masa bru start blogging (my 1st blog Link ) huhu...
So kali nie aku nak bg ler tips untuk dapat idea tersebut :

Budak tercantik Di DUNIA

Comey nyer.....cantik tol budak niekan...nama nyer LITTLE Lolly berasal dari Sinchuan, China. Dia dikatakan budak paling cantik di dunia atau 'The Most Younger Miss World'. Hurm..mmg sesuai pun, biasanya budak pompuan nie muker comey2 (baby face), cute dengan mata yang besar, bibir mungil,pipi tembam tapi Little Lolly nie memiliki wajah yang sgt cantik bak puteri dalam epik Cinderella.  

Khamis, 19 Julai 2012


Game PS3 - Resident Evil 5

1. Lihat gambar di atas secara teliti...

2. Jika anda dapat lihat sesuatu yang tidak menyenangkan mohon jangan komen dengan kata-kata yang kesat.

3. Ucapkan Astaghfirullah hal azim  dan Nauzubillah min zalik ...

4. Takkan tengok saja????  Share  la gambar nie kepada sahabat-sahabat yang lain agar mereka lebih berhati-hati...



Rabu, 18 Julai 2012

Kesian.....


Saya ingin berkongsi dengan semua...
adik di dalam gambar di atas yang digelar angah menurut ayahnya mengidap leukimia. Kepada yang ingin menderma,sila ke akaun FB ayah dia dulu, tanya untuk buat confirmation no akaun dan sebaiknya mintak no phone. Untuk maklumat lebih lanjut...cuber follow FB ayah dia :  Khairulnizam Mohd Noor

p/s : Ya Allah ya Tuhanku...kurangkan lah penderitaan si kecil ini amin....untie doakan semoga angah cepat sihat yer....

Kebahagiaan Yang Sebenar...

" MISKIN tidak menghalang KEBAHAGIAAN. GAMBAR ini telah menceritakan segala-galanya...walaupun mereka hidup SUSAH tetapi mereka tetap BAHAGIA..." ♥    

Walaupun ramai yang mengatakan tanpa duit hidup tak bahagia tapi gambar ini menceritakan sebaliknya kan.. Bila tengok gambar nie terus rasa insaf dan bersyukur sangat2 dengan 'kekurangan'ku... Sekurang2 ianya membuatkan aku sedar ada insan LEBIH SUSAH dari aku...huhuhu.

Moral of the story...
"Kasih sayang yang sebenar itu datang dari hati yang jujur dan ikhlas, bukan dari kemewahan yang melimpah ruah...." 


p/s : Jom kongsi...

Puasa Ramadhan


Sabda Nabi SAW,
"sekiranya Umatku tahu kelebihan Ramadan tentu umatku mahu sepanjang tahun itu Ramadan"

Memandangkan besok dh nak start puasa nie...selamat berpuasa ler pd semua yer....semoga puasa kiter tahun nie bukan sekadar dapat lapar dan dahaga jer...samer2 la kiter mendapatkan segala kelebihan yang ada hanya dalam bulan ramadhan yer...


Nak Raya, Nak kurus sket...


TIPS DIET:

Berjalan kaki dapat membantu anda menurunkan berat badan. Pastikan anda berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk membakar lemak yer... Selain itu, anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan latihan naik turun tangga.


PERBANDINGAN BERJALAN DENGAN PENGGUNAAN KALORI

MASA (Minit)                JARAK (KM)       JUMLAH KALORI          

10                                         0.8                                44                                   

20                                        1.6                                 88

30                                        2.4                                 132

40                                        3.2                                  176

50                                        4                                     219

60                                       4.8                                   263

70                                       5.6                                   307

Jadual di atas adalah untuk individu dewasa yang mempunyai berat badan 70kg.


P/S : Senang jer nak kurus, tambahkan semangat n kurangkan vit M (malas) hihihi...gud luck yar   ^_* wink2


Selasa, 17 Julai 2012


♥ஜ♥..Tidak perlu mencari secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharap kekasih setampan Yusuf
jika kasih kita tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharap kekasih seteguh Ibrahim
andai diri tak sehebat Siti Hajar

Dan mengapa dambakan teman hidup yg sempurna seperti Muhammad,
jika ada keburukan pada diri kita,

bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangannya itu sebagai keunikannya,
cari kebaikan pada dirinya,
Bersyukurlah pada NYA kerana engkau dipertemukan dengannya....
dan berdoalah dia milik_mu....♥ஜ♥




Amazing...

Ubdub Hanging Gardens Hotel, Bali, Indonesia.


Apa nak Buat????


Anda sedang pandu kenderaan, tiba2 jumpa situasi macamni.. Apa tindakan anda?

a). Berhenti dan tengok apa diorang buat.
b). Berhenti dan bagi ceramah sampai besok kat diorang.
c). Elak dan teruskan perjalanan.
d). Langgar terus

Sabtu, 14 Julai 2012

Gambar Bulan Madu Irma Hasmie

Gambar-gambar ini adalah dari bulan madu irma dan suaminya Redza Syah di Gold Coast, Australia. Beruntunglah Irma kerana pakej bulan madunya ini ditaja oleh D’Haja Boutique yang merupakan sebuah butik pakaian muslimah. Irma ialah merupakan model bagi tudung-tudung butik tersebut.








Nampak bahagia sekali pasangan ini. Mudah-mudahan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kredit gambar Butik D’Haja .

Wanita Berhak Tolak Poligami



KUALA LUMPUR: Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri, berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun agama Islam menghalalkannya.
Beliau berkata, ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.
“Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International hari ini.
Akram Sabri berkata, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya.
“Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami. “Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut,” katanya.
Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka perlu merujuk kepada al-Quran dan hadis.
“Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun, bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak,” katanya. – BERNAMA

Source: Harian Metro

Kisah Anak Paderi Memeluk Islam


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Azs terbaca satu kisah yang menarik iaitu mengenai anak paderi yamg memeluk Agama Islam. Jadi  azs nak berkongsi cerita ini dengan pembaca. Semoga anda mendapat iktibar dan pengajaran.

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampung dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.

Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;

- Mengapa orang Islam sembah ka’abah

- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.

- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3

- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. 

Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.




Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah..













Jumaat, 13 Julai 2012

Ikon Remaja...Nik Nur Madihah



Inilah contoh terbaik kepada remaja..Tahniah kepada adik Nik Nur Madihah atas kejayaannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini. Kehebatannya dalam pelajaran telah berjaya mengubah kehidupan keluarganya sekalipun beliau belum bekerja ( banglo rm130000 ). 

Mungkin selepas ini ramai pula yang akan berpuasa sunat untuk menjadi sepertinya. Tetapi kita mungkin lupa beliau berpuasa kerana Allah swt dan atas limpah kurniaNya maka beliau memperolehi apa yang diinginkan.Amat bagus mencontohi beliau dalam melakukan ibadah tersebut, sekurang-kurangnya belia hari ini mempunyai satu ikon baru untuk dicontohi namun begitu tujuan asal berpuasa itu biarlah kerana Allah swt dan bukan untuk yang lain. Saya berharap agar adik Nik Nur Madihah akan terus menjadi ikon kerana beliau berjaya dan kehebatannya keluar dari kepompong yang selama ini membelenggu dirinya dan perlu dijadikan satu semangat baru untuk mereka yang bakal menghadapi apa jua masalah kehidupan. Sapa kata tekanan hidup menyebabkan kegagalan?? Remaja ini membuktikan ianya boleh diubah menjadi pembakar semangat untuk mencipta kejayaan.

Saya melihat kejayaannya atas dua perkara, pertama keyakinannya terhadap Allah swt dan yang kedua ialah beliau berada dalam golongan minoriti. Keyakinan kepada Allah swt adalah merupakan satu perkara penting dalam kehidupan setiap makhluknya dan kita perlu faham tiada satupun perkara yang dijadikan Allah swt untuk kita itu bertujuan untuk mendatangkan kesusahan kerana Allah swt itu maha pengasih dan maha penyayang.


Mungkin bagi kita musibah itu adalah kemalangan, kecelakaan atau sesuatu yang mencederakan tetapi jika kita mengupasnya dengan lebih dalam maka musibah itu memberi maksud setiap perkara yang kita tidak suka kepadanya layak dipanggil musibah. Mungkin saya salah namun saya percaya bahawa setiap musibah yang datang menimpa, baik berbentuk masalah mahupun lain, ianya adalah satu titik bermulanya perjalanan rohani setiap manusia.Tanpa masalah manusia pasti tidak mampu mengenal dirinya sedangkan kata pujangga barang siapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhannya.


Begitulah yang terjadi kepada adik Nik Nur Madihah dalam mengharungi hidupnya. Mungkin satu kelebihannya dia sentiasa berada dalam kelompok manusia yang mendalami Islam kerana beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi. Justeru dalam kehidupan sehariannya beliau dididik tentang kekuasaan Allah swt. Justeru atas keyakinan yang kuat, beliau kembali kepadaNya dengan melakukan ibadah-ibadah. Itu yang dimaksudkan dengan titik perjalanan rohani. 

.

Banglo RM130,000 untuk Nik Nur Madihah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
REZEKI ALLAH SWT. “Semua ini rezeki Allah,” kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sejurus menerima banglo bernilai RM130,000 di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
Rumah_Nur_Madihah banglow_1
Dulu                                                      Kini
Nik Nur Madihah berkata, dia tidak menyangka menerima banglo dihadiahkan kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), dan menganggapnya seperti bermimpi.

Hebatnya Sultan Brunei


Seperti yang sudah kita sedia maklum, Sultan Brunei merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia. Disebalik kehebatan itu, tahu ataupun tidak Baginda bukan sahaja memiliki harta yang sangat banyak malah Baginda bijak menguruskan harta serta sangat dikasihi rakyat jelata. Mungkin sesetengah daripada kita menterjemahkan Baginda sebagai seorang yang suka bermewah, tetapi Baginda juga bijak melaburkan harta-harta Baginda untuk kesenangan rakyatnya didunia serta kesenangan Baginda diakhirat.
Kami mendapat laporan dari sekepil gambar yang semakin hari semakin tersebar didunia maya amnya dan di dunia media sosial secara khususnya bahawa kekayaan dan kemakmuran Negara Brunei datangnya daripada sumber minyak anugerah daripada Allah sejak dari dulu lagi kepada Negara Brunei.
Menariknya tahukah anda, Kerajaan Brunei menanggung kos elektrik Masjid Nabawi di Madinah setiap bulan pada kos RM2 Juta. Difahamkan lagi pada bulan puasa pula mungkin sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kerajaan Brunei, Kerajaan Arab telah menghantar satu kapal terbang kurma ke Brunei. Sungguh bijak golongan hartawan mengumpul saham untuk akhirat, kan?
Sungguh luar biasa! Pada bulan Ramadhan pula, diberitahu bahawa Sultan Brunei akan membuka pintu istananya untuk rakyat jelata berbuka puasa di istananya. Subhanallah. Segala info ini anda boleh lihat pada gambar yang disediakan dibawah. Sumber superfantasia.my.





Mayat Diseksa Selepas 3 Jam

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.
Disini saya ingin berkongsi cerita mayat seorang pemuda yang diseksa di dalam kubur hanya selama 3 jam sahaja. Walaupun cerita ini sudah lama tetapi tidak salah rasanya kita berkongsi untuk renung bersama….

Pengalaman Ngeri Seorang Penggali Kubur


Berdasarkan cerita yang diceritakan oleh Pak Johar. Semoga anda boleh mengambil pengajaran daripada carita beliau.

“Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. “Aii.. menung nampak? Kenapa?” tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

“Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah,” saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.


Mari pergi kat pondok… mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah,” tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

“Pergilah dulu, nanti aku datang,” balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah…

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Waktu Yang Sesuai Melafazkan I Love U



Indahnya saat berpacaran dan sungguh indah jika kita dapat melafazkan kata sayang pada insan pujaan hati. Adakalanya bertahun kita memendam rasa masih tida kekuatan untuk melafazkan kata  I Love U pada si dia. Mengapa tiada kekuatan? sebab kita tak rasa kita mampu luahkan rasa kerana rasa detik itu tak berapa sesuai. Betul tak? jom kita ketahui bilakah saat paling sesuai untuk kita lafazkan kata hikmah itu pada si dia

1. Bila dia gembira-Bila dia dalam keadaan gembira dan stabil emosi inilah saat yang baik. Jangan bebankan perasaan dia dengan kata indah ini kerana dia mungkin terkejut dan mungkin akan menolak cinta kita dalam sekelip mata

2.Apabila hubungan telah kukuh- Apabila hubungan kita dan dia telah kukuh barulah ungkapkan pada dia.  Jangan baru berkenalan dah sibuk nak lafazkan kata cinta, ada pula yang makan kasut nanti kan? hehehe



3. Bila kita telah bersedia-Jangan ingat dia saja bersedia kita pun perlu bersedia. Jangan keadaan diri tak terurus dan takda persiapan untuk memiliki anak dara orang dah sibuk nak i love u sana sini. Persiapkan diri, siapkan kewangan. Dah kukuh baru boleh nak luahkan isi hati. Barulah si dia yakin nak terima cinta kita.

5.Tempat yang sesuai-Nak lafazkan perasaan perlulah tempat yang sesuai dan romantis. Barulah dia dapat rasa dengan indah apa yang ingin disampaikan itu. Ada antara kita terlalu gelojoh lafaz kata hikmah itu di pasar malam atau tempat yang riuh rendah bisingnya sampaikan si dia tak dengar apa yang kamu lafazkan.

Bruce Lee Mati Selepas Tewas Dengan Silat Melayu


Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.
Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.

Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, tetapi jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.

Selasa, 10 Julai 2012

Tips Kempiskan Perut Lepas Bersalin




Kali nie nak kongsi pasal kempis perut.....terutama pada ibu2 bru bersalin, tapi ader jgk beberapa petua yg ku amalkan dri anak dara,so rasa nyer xder masalah klu anak2 dara yg ader masalah perut buncit/lebih berat badan nak cuber....tips2 kat sini banyak yg ku dapat dri forum susuibu.com . Ader beberapa petua yg aku amalkan....Kekadang aku tgk ibu yg baru beranak satu pon badan dah mengalahkan aku yg beranak 3 nie ha.....Mmg normal la bersalin badan xmacam dulu...tapi sekurang2 nyer cuber la kurangkan 'kembang' nyer tu... yg penting motivasi diri kena kuat. So happy reading...

Isnin, 9 Julai 2012

[Video] Culik Kanak-kanak Dalam Masa 40 Saat!



Tertidur ketika dalam perjalanan sementara menunggu keretapi, kapal terbang atau seseorang adalah satu rutin biasa.

Bagaimanapun, video menggemparkan di stesyen keretapi Mumbai, India ini membuatkan kita harus berwaspada terhadap keselamatan kanak-kanak atau barang-barang di bawah jagaan tidak kira kita dalam keadaan penat atau mengantuk manapun.

Rakaman CCTV di bawah menunjukkan bagaimana penculik berkeliaran selama beberapa minit untuk mencari dan mengenalpasti mangsa. Penjenayah duduk di sisi mangsa selama 40 saat dan mengdukung kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun pergi bersamanya tanpa sesiapapun menyedari.

Ibu-bapa dan kanak-kanak tersebut sedang tidur di stesyen berkenaan, berkemungkinan kanak-kanak tersebut merasakan ibunya yang sedang mendukung. Kejadian ini berlaku pada lewat malam 10 Jun 2012.

Selepas laporan polis dibuat, polis menjejak sehingga ke Haridwar, Uttarakhand dan menyelamatkan kanak-kanak perempuan tersebut pada 7 Julai 2012.
Penculik tersebut juga berjaya ditangkap dan mengakui tujuannya menculik untuk memaksa kanak-kanak menjadi pengemis.


p/s  - walau dimana pon,pastikan keselamatan anak anda pls....

Cartoon Cars became real


People who added this item 1030  Average listal rating (746 ratings) 6.7  IMDB Rating 7.9 
1. Scooby Doo, Where Are You! (1969)

People who added this item 443  Average listal rating (335 ratings) 6.6  IMDB Rating 7.5 
2. Batman (1966)

People who added this item 320  Average listal rating (225 ratings) 6.2  IMDB Rating 7.5 
3. The Real Ghostbusters (1986)

People who added this item 511  Average listal rating (346 ratings) 6.9  IMDB Rating 7.9 
4. Teenage Mutant Ninja Turtles (1987)

People who added this item 140  Average listal rating (99 ratings) 5.2  IMDB Rating 5.7 
5. Speed Racer (1994)

People who added this item 453  Average listal rating (326 ratings) 6.6  IMDB Rating 8 
6. Transformers (1984)

People who added this item 206  Average listal rating (148 ratings) 6.5  IMDB Rating 7.6 
7. Wacky Races (1968)

People who added this item 1492  Average listal rating (1110 ratings) 6.5  IMDB Rating 7.7 
8. The Flintstones (1960)

People who added this item 35  Average listal rating (26 ratings) 7.5  IMDB Rating 7.2 
9. Donald Duck and the Gorilla (1944)