Halaman

Sabtu, 30 Mac 2013

Perkembangan BABY 10 week (Without Babah)

Keadaan mama agak baik...mual pun jarang la, maybe sebab rest yang cukup and tak buat sebarang aktiviti memasak. Bukan malas cuma memang tak boleh 'bau' sebarang masakan. Orang atas (kita dok kuarters) masak pun kita yang dalam rumah nie dah pening... padahal babahnya tak bau apa2 pun. hihi, memang sensitif betul hidung nie..

Dalam bersuka ria dimanja oleh babahnya, Week ke 9, babah dapat arahan tuk ke Lahat Datu... At 1st mama rasa macam ok jer coz mama percaya dengan qada dan qadar Allah. Tapi masa nak berangkat tu memang terasa la sedih di hati (mama ingat mama kuat,huhu). Tapi yang paling kesian kat mak mertuaku la...masa babah bagi tahu nak gi sabah terus dia tak mau cakap, maybe sedih sangat kot. Boleh faham perasaan dia, tetambah usia yang meningkat, perasaan sedih dia mesti lebih dari aku, huhu...



2 hari lepas tu pun air mata nie macam tak reti nak kering... Kiranya klu tengok mama nangis tu adik2 akan tanya "kenapa mama?", than abang zikry la yang akan jawab "mama rindu kat babah". Hadoi besar dah anak aku nie...paham situasi mamanya. Tapi tak lama pun sebab my lil sis datang teman (cuti sekolah penggal pertama 2013).

Berbalik kepada perkembangan mama pulak, week ke 8 ritu g buat kad pregnant kat klinik kesihatan, check darah semua ok,Al-hamdulillah. Hope mantain mcm nie la sepanjang tempoh hamil nie coz record yang lepas darah mama memang turun sampai 9 lebih jer. Gigi pun dah periksa, geraham bongsu ku nak kena cabut tapi kena tunggu kandungan mencapai bulan ke 4-6 baru boleh cabut... sebabnya ku tak tau la pulak.

Ok macam biasa bila dah hamil nie klinik akan bekalkan ubat tuk kesihatan mama and baby. Tambah darah,Acid folic, B complek and kali nie ada x-tra Vit C coz muka mama tumbuh banyak jerawat kecil2....huhu, memang sedih, abis kejelitaanku (huahua, jelita habis). Pada yang mengalami masalah cam nie, biasa la...hormon tgh hamil bukan nya betul sangat, so redha je la yer... tak yah tension2. Lepas bersalin nanti kita pulihkan la kulit muka kita tu. SNE, colagen2 pun belambak di pasaran, sedia duit jer, hihi.

ok la...jum tengok perkembangan baby dalam perut pulak...agak2 organ apa dah yang anak mama ada yer.... cayunk dier


Congratulations! Your baby is due on or around:

Friday, 25 October 2013
10 weeks pregnant (Recalculate)

  • Your baby is the size of a kumquat




Tiada ulasan:

Catat Ulasan